JENAMA fesyen terkemuka Itali, O Bag, membuka kedai pertamanya di negara ini yang terletak di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor.

O Bag dikendalikan Halo Retail Sdn Bhd (Halo Retail), yang merupakan pengedar tunggal jenama itu di Malaysia.

Pengarah Halo Retail, Shannon Chua berkata, O Bag menawarkan produk seperti beg, jam tangan dan cermin mata hitam, yang menyerlahkan identiti individu kerana ia direka berdasarkan tempahan.

"Rekaan jenama O Bag bersifat inovatif, versatil dan berwarna-warni. Semua produk dicipta dengan tujuan untuk pelanggan secara peribadi bersama aksesori ditukar ganti.

"Ia membolehkan individu tersebut meluahkan personaliti mereka dengan menawarkan kepada pelanggan pelbagai pilihan untuk disuaipadankan bagi membentuk gaya dan gabungan yang unik," katanya.

Jenama O Bag yang ditubuhkan di Itali pada 2009, boleh didapati di lebih 50 negara, melibatkan lebih 240 kedai.

Antara aksesori fesyen utama yang ditawarkan di Malaysia adalah O Bag, O Clock, O Sun dan O Bracelet.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.