AUXILIARY Force Sdn Bhd (AFSB), ahli Royal Malaysia Police Cooperative Bhd, bekerjasama dengan YITU Technology (YITU), perintis bidang penyelidikan dan inovasi Kecerdasan Buatan, untuk mentransformasi serta meningkatkan usaha penguatkuasaan dan keselamatan awam di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AFSB, Datuk Rosmadi Ghazali, sebagai pelanggan YITU di Malaysia, AFSB adalah pasukan keselamatan pertama di negara ini mengintegrasikan kamera pakai di tubuh dengan teknologi pengecaman wajah termaju.

Menurutnya, ia sejajar dengan usaha mempertingkatkan cara polis bantuan melindungi komuniti, prasarana dan aset, AFSB mempergunakan teknologi pengecaman wajah ciptaan YITU untuk membolehkan pegawai meneliti semula rakaman filem video untuk mengenal pasti secara positif orang kepentingan selepas berlaku sesuatu peristiwa.

"Kamera pakai di tubuh pada masa ini sedang digunakan pegawai polis bantuan AFSB di pelbagai prasarana kritikal. Kami merancang untuk meningkatkan penggunaannya di banyak lokasi seluruh Malaysia dalam masa terdekat. YITU sedang bekerjasama dengan rakan integrasi sistemnya di Malaysia, Build Technology Converge, untuk meletak atur sistem kamera pakai di tubuh ini.

“AFSB komited menerapkan inovasi dan cara berfikir maju ke depan kepada landskap keselamatan di Malaysia. Ini adalah suatu langkah maju ke depan bagi kita dalam memanfaatkan kecerdasan buatan untuk meningkatkan keselamatan awam. AFSB bercadang memperluas keupayaan kamera pakai di tubuh ini untuk merangkumkan pengecaman wajah masa sebenar dan sistem amaran segera terhadap kehadiran orang kepentingan berdasarkan senarai pantauan penjenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penyelesaian pengecaman wajah YITU pada masa ini sedang digunakan untuk tujuan keselamatan di lokasi-lokasi pelancong Negara China termasuk pelabuhan, dan kawasan-kawasan awam yang memerlukan piawaian keselamatan yang tinggi.

Sementara itu, Pengurus Besar YITU Technology bagi Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Lance Wang berkata, AFSB mendahului dari segi pengenalan teknologi keselamatan baharu untuk mentransformasi andskap keselamatan di Malaysia.

“Kami komited untuk menyokong AFSB dalam usahanya memperkukuh keselamatan awam dan menjadi peserta dalam industri keselamatan. Kerjasama kami dengan AFSB bertitik-tolak daripada kepercayaan bersama iaitu teknologi kecerdasan buatan akan mewujudkan komuniti yang terjamin lebih selamat di Malaysia,” katanya.

"Syarikat juga membuka pejabat antarabangsanya yang pertama di Singapura tahun ini. Tujuannya untuk memperkenalkan sistem pengecaman wajah dan penyelesaian perniagaan pintar ke pasaran Asia Tenggara, Hong Kong, Macau serta Oceania,” katanya.

YITU sedang mempamerkan pelbagai penyelesaian keselamatannya di pameran National Security Asia (NATSEC) 2018 yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 19 April 2018.