KAFE Gula Cakery yang beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam sejak setahun lalu mengembangkan perniagaan dengan membuka kafe kedua yang dikenali sebagai Gula Petite di IOI City Mall, Putrajaya.

Pemilik kafe, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal berkata, konsep kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwic dan hidangan minuman panas dan sejuk.

“Menu kek di Gula Petite sama dengan di Gula Cakery, tetapi Gula Cakery juga menyediakan menu makanan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chiken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediakan kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa.

“Gula Petite boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery. Di kedua-dua Gula Petite dan Gula Cakery,  kami sediakan lebih 13 jenis kek setiap hari,” katanya.

Mengulas berhubung perniagaan itu, Nor Arieni bermula apabila dia sering membantu neneknya memasak dan membakar kek.

Pada hujung 2015, ia dinamakan sebagai salah satu kafe berkonsepkan keluarga terbaik di Kuala Lumpur oleh Time Out KL.