KADAR jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

Kecairan hari ini dijangkakan RM30.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.18 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menerbitkan tiga tender pasaran wang konvensional meliputi RM3 bilion untuk tujuh hari, RM2 bilion untuk 15 hari dan RM2 bilion untuk 21 hari, juga tender repo RM200 juta untuk 62 hari.

BNM juga akan menerbitkan dua tender Qard untuk RM2.1 bilion bagi tujuh hari dan RM1.1 bilion untuk 21 hari.

Sebagai tambahan, bank pusat berkenaan akan menerbitkan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) RM1 bilion untuk 33 hari dan Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) RM1 bilion untuk 33 hari.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM23.3 billon tender semalaman konvensional dan RM9.0 bilion tender semalaman Murabahah. - Bernama