KADAR jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM26.81 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.45 bilion dalam dana Islam.

BNM akan melaksanakan dua tender konvensional masing-masing RM2 bilion bagi tujuh hari dan 14 hari, serta satu tender repo RM290 juta bagi 30 hari.

Bank pusat juga akan menawarkan empat tender Qard iaitu terdiri RM1.6 bilion bagi tujuh hari, RM1.1 bilion bagi 14 hari, RM200 juta bagi 21 hari dan RM500 juta bagi 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM23.1 bilion dan tender Qard semalaman RM13.1 bilion. - Bernama