KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM24.94 bilion daripada RM30.38 bilion sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM11.98 bilion daripada RM14.08 bilion

Terdahulu, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM24.9 bilion dan tender pasaran wang Qard bagi RM12 bilion.

Kadar faedah semalaman purata berada pada 3.19 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. –Bernama