KADAR-kadar jangka pendek antara bank ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan tunai dalam sistem kewangan.

Susulan itu, lebihan tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM25.71 bilion daripada RM30.74 bilion sebelum ini manakala dana Islam susut kepada RM10.50 bllion daripada RM11.88 bilion, sebelumnya.

Terdahulu, BNM melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan Bil Antara Bank Bank Negara.

Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM24.7 bilion dan tender pasaran wang Qard RM10.50 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman berada pada 3.19 peratus manakala kadar-kadar seminggu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. – Bernama