WALAUPUN terpaksa melupakan kerjaya sebagai pendidik yang disandang selama 12 tahun, Nor Fazilah Abd Mohd, 35, kini menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaannya.

Mungkin perniagaan itu masih lagi baru, namun dia yang menjalani perniagaan itu separuh masa sebelum ini mahu serius memperluaskan produk keluaran syarikatnya.

Bermula dengan produk tradisional dan diikuti dengan Jus Asmak Gold pada tahun lalu, dia dapatkan maklum balas daripada orang ramai terlebih dahulu.

Tidak sangka sampel produknya dapat sambutan, dia semakin berani meneruskan langkahnya dalam pemasaran produk itu.

Di penghujung bulan tahun lalu, dia mengeluarkan produk keluaran pertama dengan 1,000 botol, diikuti 5,000 botol dan keluaran baharu 3,000 botol.

Ternyata, percaturannya untuk serius dalam perniagaan itu membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Menceritakan penglibatannya dalam dunia perniagaan itu, Nor Fazilah berkata, dia mulanya tidak berminat dengan produk berasaskan jus dan minuman.

Nor Fazilah (dua, kanan) bersama tulang belakang syarikatnya.

“Ketika itu saya masih lagi bergelar pendidik dan menjual produk lain seperti minyak kecil-kecilan secara online.

“Memandangkan saya ada produk lain, pembekal menawarkan untuk hasilkan jus sendiri untuk kesihatan dalaman,” katanya.

Menurutnya, jus itu membantu mereka yang mengalami masalah semput atau batuk secara tradisional.

Nor Fazilah bersyukur Jus Asmak Gold dapat tempat di hati pengguna sebagai rawatan alternatif.

Jus Asmak Gold mengandungi bahan semula jadi seperti lemon, halia, bawang putih dan sembilan herba lain.

Bantu ramai jana pendapatan sampingan

Selain menawarkan harga produk di bawah RM70, dia juga mengeluarkan beberapa produk lain.

Dengan harga RM44, jus itu dapat dibeli menerusi ejen sah di seluruh negara.

Menurutnya, jus itu boleh diminum mereka berumur tiga tahun ke atas dan tidak sesuai untuk ibu mengandung.

“Mereka berminat boleh hubungi ejen berdaftar kami yang sah,” katanya.

Selain itu, maklumat mengenai produk boleh diketahui menerusi Facebook Asmak by Mhamsb, Instagram, Mhamsdnbhd dan mham.com.my.

Pengguna juga boleh ikuti di Facebook, Nor Fazilah Abd Mohd.

Pemilik syarikat Minyak Herba Asma Mujarab (MHAM) Sdn Bhd itu menggunakan sistem ejen dalam memasarkan semua produknya.

“Sehingga kini, ejen kami cecah 2,000 termasuk 1,000 ejen aktif.

“Selebihnya lebih kepada pengguna tegar produk MHAM,” katanya.

Belum mempunyai perancangan untuk menjual produk secara borong, dia lebih menyukai sistem ejen.

Lagipun, dengan mendaftar sebagai ejen, pengguna dapat nikmati harga lebih murah.

Malah, dia turut menggalakkan lebih ramai pengguna mendaftar menjadi ejen yang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan, jualan kepada orang lain.

“Kini lebih ramai suri rumah memilih mencari pendapatan sampingan bagi bantu keluarga.

“Saya juga buka peluang untuk mereka berminat jana gaji kedua atau duit tepi,” katanya.

Promosi istimewa 

Sepanjang Mei ini, dengan pengeluaran semakin meningkat dari masa ke masa, dia mahu hadiahkan sesuatu untuk pengguna.

“Alhamdulillah, kami dalam usaha keluarkan 15,000 hingga 30,000 botol sebulan.

“Dengan pengeluaran semakin bertambah, kami tawar jadi ejen dengan pembelian hanya 10 botol jus, layak terima hadiah bernilai RM100,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, syarikatnya mempunyai lima produk dan bakal menambah 20 produk tidak lama lagi.

Katanya, 15 produk itu akan dikeluarkan secara berperingkat.

“Ada produk masih dalam peringkat penyelidikan, sudah lulus dan dalam proses pengeluaran.

“Saya ingin keluarkan produk yang penuhi keperluan harian pengguna sebagai contoh, syampu, mandian, penjagaan diri dan barangan bayi,” katanya.

Produknya bukan sahaja menambat pasaran tempatan, malah berjaya tembusi pasaran jiran seperti Brunei.

Pada masa akan datang, dia berhasrat untuk eksport produk keluaran syarikatnya dengan lebih meluas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MATA kucing adalah sejenis buah yang bermusim dan sukar didapati di negara ini kerana kesukaran pokoknya untuk berbunga bagi menghasilkan buah apabila cukup matang.
  • PERIA atau nama saintifiknya momordica charantia terkenal dengan pelbagai khasiat terutama bagi membantu pesakit kencing manis.
  • SYARIKAT Fella Rosse Boutique & Studio, pemilik jenama Fella Rosse terkenal dalam dunia fesyen dan makanan yang kini melebarkan lagi perniagaan ke bidang wangian, menyasarkan menjual lebih 200,000 botol minyak wangi jenamanya yang dilancarkan baru-baru ini.
  • INGIN tampil dengan kelainan pada produk keluaran pertama syarikatnya, Abdul Alif Sulaiman bersama dua lagi rakan kongsi, Mohamad Sidiq Farouk dan Mohamad Ashik Abdul Kadir menjalankan penyelidikan pasaran tentang produk itu terlebih dahulu selama hampir enam bulan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.