SHOPEE, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, mencatatkan peningkatan 32 peratus dalam jumlah carian produk di platform itu sepanjang tempoh menjelang Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata, peningkatan itu didorong oleh sokongan masyarakat Malaysia yang memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena perayaan itu.

"Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee 15 Januari lalu yang menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus dan hadiah berjumlah lebih RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee.

"Aktiviti beli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan dan Tahun Baru Cina juga tidak ketinggalan. Carian paling popular sempena perayaan ini melibatkan beberapa kategori, antaranya pakaian wanita, mobil dan gajet, permainan, kanak-kanak dan bayi, kasut wanita serta beg wanita," ujarnya.

Katanya, peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah dalam talian bagi musim perayaan memberikan petanda baik, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-dagang di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula 26 dan 28 Februari ini, yang memberikan tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka, termasuk Jualan Murah Komputer Riba Shopee melibatkan jenama seperti Acer, Asus, Dell dan Lenovo.