$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Glomac Berhad telah menjual melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pembangunan bagi kediaman teres dua tingkat projek Sinar 2.
Dalam satu kenyataannya syarikat itu berkata, projek itu dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM109 juta di Perbandaran Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh.
Sinar 2 atau Bandar Saujana Utama mempunyai 113 unit kediaman teres dua tingkat dan 122 unit kediaman teres dua setengah tingkat dengan keluasan 11.29 ekar.
Bandar Saujana Utama adalah kawasan perbandaran matang yang lengkap dengan kemudahan awam. Kini, usia perbandaran itu telah mencecah lebih satu dekad bersama komuniti kepadatan penduduk 65,000 orang.
Harga jualan bagi kediaman teres dua tingkat itu bermula RM410,000 dan kediaman teres dua setengah tingkat (harga Bumiputera) RM450,000.





