ANAK syarikat TA Enterprise Bhd, Winner Star Group Ltd, menjual lot pejabat komersial yang terletak di Tower One Lippo Centre, Hong Kong, kepada Champion Castle Ltd dan Zeppelin Property Development Consultants Ltd pada nilai HK$137,000,000 (RM67.48 juta).

Rasional penjualan itu adalah tawaran menarik pada premium 458 peratus kepada nilai perolehan asalnya, menurut TA Enterprise dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

“Penjualan itu turut memberi peluang kepada syarikat untuk mengumpul dana bagi perniagaan yang sedang dijalankan tanpa terlalu bergantung kepada pinjaman bank,” katanya.