Francis (tiga, kanan) selepas majlis pelancaran Jotashield, semalam.
Jotun (Malaysia) Sdn Bhd, yakin capai perolehan 15 hingga 20 peratus bagi pasaranMalaysia menjelang hujung tahun serentak pelancarancat Jotashield dengan warna anti pudar yang diperkenal semalam.
Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Produk Hiasannya, Francis V L Chang berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan Jotun Malaysia mencatatkan peningkatan perolehan 20 peratus daripada RM340 juta kepada RM408 juta tahun lalu.
“Serentak pelancaran produk baru ini, kami yakin mampu mencatat perolehan berganda dan menjangkakan Jotashield menyumbang 35 hingga 40 peratus jumlah perolehan secara keseluruhan. “Antara lainnya, sasaran ini turut dibantu pelbagai kempen yang telah diatur,” katanya selepas majlis pelancaran Jotashield warna anti pudar, di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Francis, Jotun pengeluar cat pertama yang menghasilkan cat warna anti pudar di Malaysia. Malah, Malaysia juga negara pertama yang melancarkan produk ini di Asia dan akan mula memasuki pasaran negara Asia lain tiga bulan akan datang.
Berasaskan tiga elemen utama iaitu dua kali perlindungan warna ltraviolet (UV), menentang kotoran dan mampu mengurangkan suhu, Jotashield baru ini dirumus khas untuk cuaca terik dan kadar pencemaran tinggi seperti di Malaysia. Selain itu, cat Jotashield bebas bahan kimia berbahaya. Jotashield baru kini boleh didapati di semua rangkaian Jotun seluruh negara dengan harga RM133 bagi lima liter.




