FORTINET, sebuah pemimpin global yang luas, bersepadu dan penyelesaian keselamatan siber automatik, menyarankan perusahaan di Malaysia mengamalkan langkah-langkah keselamatan siber lebih kukuh berlandaskan polisi-polisi bagi berlindung daripada peningkatan ancaman.

Usaha lebih baik juga diperlukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai potensi ancaman kepada reputasi, hasil dan harta intelek daripada serangan siber.

Perunding Utama bagi Fortinet Asia Tenggara & Hong Kong, Anthony Lim berkata, transformasi digital telah mengganggu cara lama melakukan perniagaan dengan memperkenalkan teknologi digital yang inovatif ke tempat kerja dan mewujudkan peluang-peluang baharu bagi mencepatkan pembangunan perniagaan.  

Justeru, dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), hampir setiap organisasi di Malaysia kini terlibat dalam transformasi digital, katanya.

"Dua generasi pengguna iaitu Millennials dan Gen Z memacu transformasi digital ke hadapan dengan permintaan mereka yang tinggi bagi sambungan serta-merta dengan data dan urus niaga secara ‘real-time’.

“Kadar perubahan teknologi adalah tidak terhenti. Transformasi digital tanpa transformasi keselamatan yang sama akan menyebabkan perusahaan di Malaysia lebih terdedah berbanding sebelumnya kerana jenayah siber dijangka akan terus meningkat.

"Perniagaan-perniagaan perlu dilindungi daripada penggodam, ancaman dalaman dan siber serangan jahat yang lain,” katanya.

Kos jenayah siber cecah AS$6 trilion setahun!

Dalam pada itu, menurut Pengurus Negara bagi Fortinet Malaysia, Alex Loh, firma penyelidikan pasaran Cybersecurity Ventures meramal kerugian jenayah siber sedunia akan menelan belanja sebanyak AS$6 trilion  (AS$1= RM4.1020) setahun menjelang 2021, meningkat daripada AS$3 trilion pada 2015.

Anthony  berkata, kos jenayah siber ini termasuk kerosakan dan kemusnahan data, kehilangan produktiviti, kecurian data kewangan, penipuan, gangguan selepas serangan dan kerosakan reputasi.

“Organisasi-organisasi di Malaysia harus mengambil langkah-langkah yang tegas untuk membangunkan strategi keselamatan siber yang mantap dan memastikan mereka bersiap sedia untuk menghentikan serangan siber.

"Dalam suasana ancaman yang semakin canggih, ia amat penting bagi firma-firma memperkukuhkan pertahanan jenayah siber dan mengekalkan persekitaran yang selamat untuk menjalankan perniagaan,” katanya.

Perluasan serangan digital

Sebahagian besar masalah adalah perluasan serangan digital yang semakin berkembang.

Sumber-sumber IT terpaksa diguna melebihi had mereka berikutan pembangunan meningkat penggunaan peranti-peranti IoT dan rangkaian, perkembangan geometri lalu-lintas yang didorong oleh aplikasi dan data besar, kewujudan persekitaran awan pelbagai kompleks dan bilangan pengguna telefon bimbit yang meningkat menuntut rangkaian untuk memberi akses dari mana-mana sahaja pada sebarang peranti," kata Alex Loh.  

"Apabila melaksanakan sistem dan teknologi baharu, syarikat-syarikat tempatan cenderung memilih penyelesaian sekuriti terpencil, penyelesaian sekuriti “one-off” bagi menangani cabaran baharu di dalam suasana baharu.

"Malangnya, penyerang yang canggih mengambil kesempatan bersama yang wujud di antara projek-projek tersebut, mengeksploitasi kelemahan dalam satu bahagian dalam rangkaian untuk mendapat akses kepada yang lain," katanya.

Justeru, syarikat-syarikat di Malaysia perlu membina rangka kerja perniagaan digital yang lebih selamat untuk memperkukuhkan prasarana perniagaan digital dan menyelesaikan cabaran-cabaran keselamatan dalam transformasi digital, katanya.