THE Residenz Solution Sdn Bhd (iResidenz), sebuah portal residen atas talian yang ideal untuk kediaman kondominium dan komuniti berpagar, melancarkan aplikasi mudah alih untuk portal residennya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iResidenz, Ramesh Balakrishnan berkata, aplikasi mudah alih itu untuk memudahkan lagi pengurusan hartanah dan komunikasi oleh pemilik, penyewa dan pejabat pengurusan.

"Akses ke portal iResidenz adalah lebih mudah berbanding menggunakan versi webnya. Ia juga menghubungkan pemilik rumah dan penyewa dengan pejabat pengurusan untuk hal-hal seperti pembayaran, penempahan kemudahan, pengaduan, membaca notis dan lain-lain lagi dengan hanya beberapa klik sahaja," katanya.

Ramesh berkata, setakat Oktober lalu, iResidenz sudah diguna pakai di lebih daripada 50 kawasan kediaman atau hartanah di Lembah Klang, Johor dan Sabah.

"Sasaran kami ialah 70 hingga 80 peratus daripada jumlah penduduk di semua kediaman (hartanah) ini akan mula menggunakan aplikasi mudah alih ini selepas sebulan aplikasi versi Android menerusi Google Apps Store dan iOS untuk iPhone dikeluarkan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.