KUALA LUMPUR - Tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) kini melalui proses kawal aturan biasa dan belum dimuktamadkan lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata prospektusnya baru dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk diluluskan.

"Saya menggesa semua pihak supaya tidak membuat kenyataan atau spekulasi yang mungkin menjejaskan proses kelulusan itu.

"Saya yakin pengurusan FGVH akan membuat pendedahan perlu apabila kelulusan diperolah daripada pihak yang berkenaan," katanya.

Dalam laporan baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, berkata penguasaan pasaran FGVH dijangkakan mencecah RM21 bilion apabila ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, yang dijadualkan pada 10 Mei.

Penguasaan semasa pasaran cabang pelaburan Felda itu sebanyak RM3 bilion. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.