MUNGKIN bagi pengguna iPhone dan iPad, nama iPhoneFix sudah biasa menjadi buat mereka dalam menyediakan perkhidmatan membaiki telefon pintar tersebut.

Terletak di tingkat pertama Centrepoint, Bandar Utama, Selangor, kedai membaiki telefon pintar jenama Apple ini sudah hampir lima tahun beroperasi.

Pemiliknya, Halmi Halim berkata, idea menyediakan perkhidmatan tersebut muncul selepas sahabatnya dari Singapura menjalankan perniagaan membaiki iPhone dan iPad.

“Sahabat beritahu, perniagaan ini mempunyai pasaran pada masa hadapan dan saya tidak membuang masa mempelajarinya dan memulakan perkhidmatan ini.

“Selain itu, keluarga saya juga pengguna Apple dan apabila telefon kami bermasalah, ia mengambil masa seminggu atau lebih untuk dibaiki, jadi kenapa tidak saya buka kedai yang boleh baikinya dengan cepat,” katanya.

Apa yang menarik mengenai iPhoneFix, kedai ini pelopor membaiki iPhone dan iPad dalam negara dan dimiliki Bumiputera.

“Kami menjalankan perniagaan secara jujur di mana  pelanggan berkunjung ke kedai, saya dan pekerja lain akan memeriksa dan membaikinya di hadapan mereka supaya tidak berlaku penipuan.

“iPhoneFix tidak menerima bayaran bagi pelanggan yang ingin melakukan pemeriksaan telefon mereka untuk mengetahui apa kerosakan dialami sebelum memilih untuk dibaiki atau tidak,” katanya.

Menurut Halmi, kedai membaiki telefon pintar lain di luar sekurang-kurangnya akan mengenakan caj bayaran memeriksa kerosakan telefon pintar sebanyak RM50 kepada pelanggan.

Ditanya sambutan pelanggan, katanya, sejak mula sehingga hari ini pelanggan tidak putus-putus berkunjung ke premisnya.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi hingga enam petang hujung minggu, iPhoneFix mengenakan harga berpatutan bagi pelanggan yang membaiki telefon mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BIASANYA, untuk majlis perkahwinan, sudah menjadi trend bagi pihak keluarga menyediakan cenderahati kepada tetamu yang hadir, sama ada dalam bentuk makanan mahupun perhiasan sebagai tanda ingatan dan kenangan di majlis itu.
  • MUSIM durian antara musim yang dinanti-nantikan terutama bagi penggemar raja buah, malah ia juga merupakan lubuk rezeki bukan sahaja kepada penjual buah, tetapi juga peniaga lain.
  • CAMELLIA sinensis merupakan spesies tumbuhan yang daun dan pucuknya digunakan untuk membuat teh, dari daerah pergunungan Himalaya, India dan Burma.
  • ENVICTUS International Holdings Limited (Envictus) menjenamakan semula tiga rangkaian restoran Delicious dengan konsep 'Grand Cafe' pertama di Malaysia.
  • PERNAHKAH anda mengimpikan untuk membina kejayaan sendiri? Menjadi bos memang menyeronokkan, namun realitinya tidak semua individu layak untuk membina dan memimpin perniagaan sendiri.