iPay88, gerbang pemba­yaran terkemuka di Asia Tenggara, bercadang me­ngem­bangkan operasi­nya ke Sri Lanka, Laos dan Mauritius menjelang akhir tahun depan, demikian menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Long.

Katanya, syarikat tempatan itu menyasarkan tiga negara berkenaan beri­ku­tan faktor lokasi dan populasinya.

"Mauritius adalah gerbang ke negara-negara Afrika dan kami sedang dalam perbincangan mengenai Laos dan Nepal.

"Negara-negara ini ada­lah pendatang baharu dalam e-dagang dan mereka terbuka me­ne­rima pendigitalan, khususnya perniagaan tempatan. Ia adalah petanda baik kerana pada masa depan segalanya mengenai perniagaan secara dalam talian, tekno­logi dan pembayaran auto­nomi,” katanya kepada Bernama.

iPay88 menyediakan penyelesaian kutipan pembayaran dalam talian utama di ASEAN dan bertapak di lapan negara termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.