Penggunaan Internet negara dijangka berpotensi besar menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa depan.
Menurut kajian yang dijalankan Firma Penyelidikan Mckinsey dan Syarikat Teknologi Maklumat Google, Internet berkembang menjadi salah satu industri utama yang menyumbang 41 peratus atau RM30 bilion dalam KDNK di Malaysia berbanding Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus) pada 2010.
Perkembangan itu sekali gus menempatkan Malaysia antara 30 negara yang berkembang pantas dan penting kepada masa depan Internet.
Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan, berkata, nilai ekonomi digital negara tidak pernah ditaksir sebelum ini, dengan laporan itu jelas memperlihatkan pelaburan dan polisi berhubung Internet telah memberikan kebaikan kepada semua perniagaan dan organisasi dalam negara.
“Ekonomi Internet adalah salah satu kunci utama untuk pembangunan negara. Oleh itu, perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu terus menjalankan lebih banyak perniagaan atas talian atau online bagi meningkatkan penggunaan Internet domestik.
“Pada masa ini, hanya 20 peratus PKS menggunakan kelebihan Internet secara sepenuhnya dalam operasi harian sebagai kaedah mempromosikan produk agar lebih dikenali ramai,” katanya ketika mengulas Kesan Internet ke atas Ekonomi Malaysia di Kuala Lumpur.
Internet bawa manfaat besar
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





