PLATFORM aplikasi dalam talian, imSold! yang membolehkan pengguna menjual dan membeli barangan, semakin berkembang sejak dilancarkan tahun lalu.  

Pengarah imSold!, Haywood Ho berkata, sehingga kini, imSold! dimuat turun lebih sejuta kali dan berjaya menjalankan transaksi menjual barangan bernilai lebih RM10 juta.

Katanya, imSold! kini sedang mengkaji untuk memperluaskan ke negara-negara lain.

"Kami tidak menjangka kejayaan aplikasi ini yang dilancarkan buat kali pertama pada akhir 2015 dan terkejut dengan maklum balas yang diterima.

"Kami akan melancarkan imSold! di Vietnam untuk meneruskan perkembangan dan momentum kami," ujarnya.

Katanya, imSold! menyasarkan golongan muda dan akan terus berkembang dalam segmen ini di Malaysia walaupun diperluas di Vietnam.

"Antara barangan yang dijual di imSold! adalah pakaian, barang keperluan rumah dan barangan bayi.

"Kemudahan penggunaan dan populariti aplikasi ini mengetuai imSold! untuk diiktiraf salah satu daripada lima aplikasi terbaik tempatan di Malaysia oleh Google pada 2016," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.