PERSATUAN Hubungan Internet Selangor dan Kuala Lumpur atau Internet Alliance (IA) menyasarkan 100 ahli menjelang akhir tahun ini berbanding hanya 50 ahli sahaja pada masa ini.

Presidennya, Chan Kee Siak berkata, 50 ahli itu meliputi komposisi operasi internet termasuk laman web utama, penyedia infrastruktur awan, platform e-dagang dan penyedia pasaran, pusat data, pembekal gerbang pembayaran.

Menurutnya, semua ahli secara kolektif membolehkan lebih 80 peratus daripada infrastruktur dan operasi internet negara aktif.

“IA adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang secara kolektif memudahkan lebih 80 peratus daripada senario internet aktif Malaysia.

“Keahlian IA semasa sebahagian besarnya terdiri daripada syarikat dan perniagaan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dan perniagaan,” katanya.

Kee Siak yang dilantik semula untuk berkhidmat dalam IA selama dua tahun lagi berkata, peningkatan pergantungan ekonomi negara dan hubungan sosial perniagaan di internet.

“IA berkembang seiring dengan pertumbuhan penyedia awan tempatan dan pemain internet yang memerlukan perwakilan kuat di pasaran," katanya.

Pada mesyuarat agungnya yang diadakan baru-baru ini, IA mengumumkan ahli jawatankuasa baharu dengan Kee Siak dari Exabytes Network Sdn Bhd sebagai Presiden, Naib Presiden, Ng Chet Chiang dari Logistics WorldWide Express (M) Sdn Bhd (Naib Presiden) dan beberapa muka baharu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.