Hotel Cruise KL raikan bapa
Inspirasi Ikan Masam manis
Hotel Cruise KL raikan bapa
Kepak Ayam Sporty

Bersempena dengan sambutan Hari Bapa, restoran di Hotel Corus Kuala Lumpur (KL) memberi tawaran istimewa kepada lelaki yang bergelar bapa sebagai penghormatan.

Pelbagai sajian yang ditawarkan bermula dengan pilihan tempatan, barat dan masakan autentik Sze Chuan, China serta Jepun. Dondang Sayang Coffee House mengadakan Super Dads’ Hi-Tea dan makan malam bufet istimewa untuk  bapa.

Untuk minum petang, pengunjung boleh memilih pelbagai menu pembuka selera yang lazat seperti Salad Waldorf, Salad Udang Hawaii dan Sup Labu Daddy. Pilihan hidangan utama yang disediakan adalah seperti Kepak Ayam Sporty, Seafood Daddy Cool lasagna, Inspirasi Ikan Masam Manis dan Udang Masak Lemak Resipi Ayah termasuk kopi serta jus oren.

Sebagai dedikasi kepada semua bapa, Hotel Corus KL turut menyediakan aktiviti menarik semasa minum petang seperti hiburan badut ajaib, cabutan bertuah, permainan, sudut kanakkanak dengan seni pasir dan arca belon dan banyak lagi! Di samping itu, semua bapa akan menerima hadiah percuma dan diberi peluang untuk memotong kek terpanjang di majlis itu.

Harga untuk minum petang hanya RM68 setiap dewasa dan RM31 kanak-kanak. Golongan bapa juga pasti ingin menikmati makan malam berbeza daripada kebiasaan. Banyak bahan mentah segar untuk dimasak di live cooking station  oleh chef.

Di bahagian salad dan pencuci mulut, ia menawarkan pelbagai jenis campuran dan topping serta perisa yang enak. Harga bufet ini RM89 setiap orang dewasa dan RM44.50 setiap kanakkanak. 

Semua bapa yang menjamu selera di Sayang Dondang juga akan token untuk Hari Bapa. Hari Bapa Super bapa Hi-Tea akan dihidangkan dari 12:00 tengah hari sehingga jam 4:00 petang manakala Majlis Makan Malam Bufet khas  untuk bapa akan disampaikan 18:30-10:30. Pertama 100 tetamu burung awal mendapat diskaun 20 peratus untuk kedua-dua promosi di Dondang Sayang Coffee House pada 17 Jun 2012.

Pilihan menu China, Jepun Di Ming Palace Chinese Restaurant, hidangan yang ditawarkan bertemakan tujuh perayaan utama di dunia dengan menampilkan signature dishes seperti Unicorn style steamed cod fi sh,

Braised Sea Cucumber with Australian Abalone dan Black Mushroom dan banyak lagi. Terdapat dua pilihan set menu yang berharga RM88.80 untuk menu A dan RM118.80 untuk menu B khas untuk minimum empat orang. Di samping  itu, sebagai cenderahati kek dan bunga teh dalam kotak berbentuk hati diberikan kepada bapa bagi setiap meja 10 orang!

Menu Set Hari Bapa adalah disediakan untuk makan tengahari dari jam 11.30 pagi hingga 3 petang dan makan malam dari petang 6.30 sehingga 10.30 pada 16 dan 17 Jun 2012. Bapa anda tidak pernah menikmati masakan Jepun? 

Atau beliau seorang yang sangat mengemarinya? Bawalah insan paling berharga dalam hidup anda ke Komura Japaneses Restaurant untuk menikmati makanan daripada Negara Matahari terbit itu.

Bertemakan eat all you can, anda boleh menikmati makan tengah hari dan malam yang terdiri lebih daripada 75 pilihan antaranya Kobachi ( starter), segar sashimi, Yakimono (piring panggang), Agemono (hidangan goreng), Nimono  (hidangan rebus) .

Harga bermula RM69 setiap dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak untuk makan tengah hari. Untuk makan malam pula, harga adalah dari RM79 bagi dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak. Beberapa pilihan popular seperti Spider Hand  Roll, Deep Fried Oyster, Scallop Teppanyaki dan banyak lagi sedia menanti.

Untuk pencuci mulut, anda boleh menikmati teh hijau home made ataupun ais krim. Datanglah dan bawa keluarga anda bersama ke sini untuk meraikan Hari Bapa agar ia menjadi memori terindah. Hadiah percuma menanti khas untuk bapa. Pada sambutan hari bapa, eat all you can boleh didapati bermula 12 tengah hari sehingga 2.30 petang dan makan malam bermula 6.30 petang  ehingga 10 malam pada 16, 17 Jun ini.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.