$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Asia iProperty.com 2012 mendapati rakyat Malaysia yakin pasaran hartanah berkembang berdasarkan 59.5 peratus daripada tinjauan yakin dengan situasi itu, meskipun berdepan krisis ekonomi global.
Kajian secara dalam talian yang dilakukan laman sesawang hartanah nombor satu di negara ini, iProperty.com yang berpangkalan di Australia itu dijalankan di empat negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Hong Kong.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty, Shaun Di Gregorio berkata, keputusan kajian menunjukkan 62.3 peratus responden berminat membeli harta dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





