$entry.content.caption.value
MELAKA - Harga getah dan kelapa sawit yang kini berada pada tahap yang baik, mampu bertahan bagi tempoh jangka masa panjang, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Beliau berkata ia dapat dicapai jika industri getah dan kelapa sawit negara tidak terlalu bergantung kepada kuasa ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat, sebaliknya terus menjalin hubungan mantap dengan kuasa ekonomi baharu seperti India, Rusia, China serta negara Asia lain yang sedang membangun.
"Walaupun hari ini kita turut menghadapi tempias daripada kelembapan yang berlaku di Eropah dan Amerika, namun kita masih dapat mempertahan kadar pertumbuhan yang munasabah untuk industri ini hasil pelbagai usaha gigih yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Risda.
"Harga getah dan kelapa sawit negara pada hari ini berada pada tahap yang amat baik dan kita percaya jika masalah itu (kelembapan) pulih, harga komoditi tersebut akan melonjak lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ayer Limau, Masjid Tanah di sini.
Sementara itu, Risda akan mengadakan sambutan besar-besaran menjelang empat dekad Risda bersama pekebun kecil, Mei depan.
Rahim berkata sambutan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur itu, bakal menghimpunkan kira-kira 3,000 pekebun kecil dari seluruh negara.
Rahim berkata sambutan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur itu, bakal menghimpunkan kira-kira 3,000 pekebun kecil dari seluruh negara.
"Matlamat utama sambutan ini ialah supaya masyarakat pekebun kecil dalam jagaan Risda, seramai kira-kira 350,000 orang, dapat mengingati kembali dan bersyukur terhadap perjuangan Risda bermula dari bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak, dalam memajukan pekebun kecil di negara ini," katanya.
Beliau berkata pada majlis sambutan itu, Perdana Menteri akan turut melancarkan pembukaan Pusat Bioteknologi Risda yang terletak di Kajang.
Katanya pusat itu akan menghasilkan klon kelapa sawit terbaik bagi meningkatkan produktiviti kelapa sawit di negara ini. - Bernama
Katanya pusat itu akan menghasilkan klon kelapa sawit terbaik bagi meningkatkan produktiviti kelapa sawit di negara ini. - Bernama
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





