GRAB, penyedia perkhidmatan e-hailing di Asia Tenggara, mengembangkan lagi GrabRewards dengan menarik lebih 150 rakan niaga, sekali gus membuka peluang kepada mereka menerokai pasaran melalui program kesetiaan pelanggan bersama platform tersebut.

Ketua GrabPay, Jason Thompson berkata, langkah itu penting dalam pembangunan GrabPay wallet, selain mewujudkan satu ekosistem mengukuhkan lagi kesetiaan pelanggan Grab, yang mencatatkan 55 juta muat turun menerusi peranti mudah alih.

"Ini kerana, dengan setiap ringgit yang dibelanjakan dengan Grab, ia lebih bernilai daripada setiap ringgit yang dibelanjakan di tempat lain.

"Bagi rakan-rakan niaga kami, mereka sangat teruja melihat GrabPay dapat menjadi penjana pendapatan.

"Semasa majlis pra pelancaran bulan lalu, terdapat beberapa rakan niaga kami yang mencapai sasaran penebusan berganda sebanyak empat kali ganda," katanya.

Jason berkata, GrabRewards mempunyai empat peringkat kesetiaan, iaitu Platinum, Emas dan Perak untuk pelanggan Grab teratas, manakala pelanggan lain di peringkat ahli.

“Di Grab, kami ingin mewujudkan nilai untuk setiap perjalanan. Malah, pengguna di Malaysia boleh memperoleh sehingga 10 kali mata GrabRewards apabila membayar perjalanan mereka dengan GrabPay," katanya.

Jason berkata, GrabRewards menampilkan pelbagai jenama merangkumi makanan dan minuman, perhotelan, gaya hidup dan runcit, kembara dan aplikasi berkaitan perkhidmatan serta destinasi tarikan pelancong.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SYARIKAT perkhidmatan teksi e-hailing (e-panggilan), Grab Malaysia hari ini melancarkan kempen 'Better 365' sebagai komitmen pihaknya meningkatkan kebajikan dan memberi manfaat kepada pemandu perkhidmatan berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.