KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd adalah berkelas dunia di segi kecekapan dan keandalan serta setara jika tidak lebih baik daripada syarikat serantau yang sama walau pun beroperasi dalam keadaan hampir monopoli tetapi pada persekitaran yang terhad, kata Maybank IB Research.
Gas Malaysia, yang merupakan pengendali tunggal berlesen dan pengedar gas asli di Semenanjung Malaysia kepada para pelanggan yang menggunakan 5.0 mmscfd (juta kaki padu standard sehari) gas asli dan kurang daripada itu, yang secara operasinya tidak mengawal harga dan jumlah jualan.
Harga pembelian dan jualan gas asli kini ditentukan oleh kerajaan manakala hak untuk membekalkan gas ditetapkan oleh Perjanjian Bekalan Gas dengan Petronas.
Maybank IB berkata syarikat itu mengendalikan satu persekitaran yang sangat dikawal atur, teguh di segi kewangan dan boleh mengambil kesempatan dari permintaan mendapatkan gas asli di Malaysia apabila pengimportan gas asli cecair dimulakan pada separuh kedua tahun ini.
"Sungguh pun begitu, kami mempercayai bahawa kebanyakan prospek jangka sederhana sudah diambil kira. Harga semasa menunjukkan pulangan dividen 4.0 peratus, yang merupakan pulangan bersih terendah kurang daripada 5.00 peratus," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Syarikat penyelidikan itu juga menyatakan kekuatan syarikat itu ialah di segi keupayaan penjanaan aliran tunainya yang tinggi dan pemberian dividen.
Gas Malaysia mempunyai hutang sifar, mempunyai simpanan tunai RM327 juta, secara ketekalannya menjana aliran tunai yang besar secara bebas dan menyasarkan pembayaran dividen minimum 75 peratus. - Bernama
Gas Malaysia berkelas dunia, kata Maybank IB
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Acer lancar siri baru komputer Aspire
- Pengguna berdaftar WeChat cecah 50 juta
- Scania buka cawangan di Kota Bharu
- Proton P3-21A dilancar bulan ini
- Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
- Anak peneroka bergelar jutawan emas
- Telefon pintar Alcatel paling nipis
- Erin: 'Tak adil kritik saya, bukan gambar bogel pun'
- Kedai online Lazada semakin popular
- Nazir Razak dipilih CEO Terbaik Malaysia
- Kumpulan KIP labur RM 70j buka cawangan KIP Mart di Melaka
- Malindo Air, syarikat penerbangan kos rendah baru Malaysia
- Projek LBS Bina Group diiktiraf
- Tune akan buka hotel pertama di Australia
- Rumah mampu milik dilancar
- KFC, Pizza Hut percuma diagih
- Himpunan "Blackout 505" Bantah Keputusan PRU13 Di Stadium Kelana Jaya
- Bank Islam sumbang RM20,000 kepada pelajar UiTM Dungun
- Bisnes Online beri pendapatan lumayan
- Bahulu Warisan optimis kukuh perniagaan




