GARDENIA, pengeluar roti kegemaran Malaysia, mengumumkan pelancaran Gardenia Fluffy Buns, roti kluster enam biji berinti yang sungguh lembut dengan tiga citarasa menakjubkan.

Roti kluster enam biji berinti ini terdapat tiga perisa menarik iaitu coklat malta, kastard jagung dan kacang merah adzuki, sebagai tambahan kepada kepelbagaian produk Gardenia untuk rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia, Hazlinah Harun berkata, Gardenia Fluffy Buns merupakan satu lagi produk diperkenalkan dengan sentuhan tersendiri bagi memenuhi selera pelanggan.

"Ketiga-tiga citarasa roti kluster yang lembut dan lazat ini baru sahaja dilancarkan dan sudah boleh didapati di rak-rak jualan Gardenia di seluruh Semenanjung Malaysia," katanya.

Tambahnya, Gardenia sentiasa berusaha mengeluarkan produk-produk digemari pelanggan dan pasukan Research & Development Gardenia telah berusaha keras untuk melancarkan produk baharu ini dengan sentuhan tersendiri.

"Untuk penggemar Gardenia yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa, Gardenia Fluffy Buns amat sesuai terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak-anak mahupun  mereka yang bekerja.

"Roti kluster enam biji ini menyenangkan ibu bapa untuk bekalkan kepada anak-anak ke sekolah ataupun dikongsi bersama rakan-rakan di tempat kerja.

"Gardenia Fluffy Buns tampil dengan tiga pilihan dan kami yakin ia menjadi satu lagi produk kegemaran ramai,” katanya sambil memberitahu Gardenia Fluffy Buns boleh didapati di setiap kedai melalui penghantaran rangkaian yang meluas di seluruh Semenanjung Malaysia.