FON kepala Beats Studio 3 dilancarkan dengan cip Apple W1 bagi memudahkan penggunaannya bersama peranti Apple seperti AirPod.

Ini bagi membolehkan fon telinga tanpa wayar ini mempunyai sistem bunyi yang baik untuk kualiti audio yang tinggi.

Pendakap telinga diperhalusi oleh Beats untuk memastikan keselesaan memakainya sepanjang hari.

Bateri pula memberikan kemampuan memainkan muzik sehingga 20 jam.

Sistem pengecasan pantas membolehkannya memainkan muzik selama 3 jam dengan pengecasan 10 minit.

Bagaimanapun ia menggunakan port MikroUSB dan bukannya Lightning seperti produk Apple lain.

Sepasang Beats Studio 3 dijual pada RM1,495 dengan enam pilihan warna.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.