KUALA LUMPUR - Firefly, syarikat milik penuh Malaysia Airlines, kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Thailand untuk mempromosikan Koh Samui sebagai destinasi riadah mewah bagi majlis perkahwinan, berbulan madu, bina semangat korporat dan pengembaraan insentif.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pemasaran & komunikasi Firefly, Angelina Fernandez berkata permintaan untuk destinasi bagi perkahwinan dan bulan madu bukan hanya dari pihak tempatan tetapi juga pelancong seberang alut pasaran-pasaran jarak sederhana dan jauh.

"Pelancong-pelancong asing ini tiba di sini, bermalam beberapa hari di sini dan melawat pelbagai destinasi di Malaysia dan terus menyambung percutian mereka ke Koh Samui untuk memenuhi rancangan perkahwinan dan/atau bulan madu mereka," kata beliau.

Beliau berkata Koh Samui juta merupakan destinasi yang popular untuk program bina semangat, terutamanya di kalangan perusahaan kecil dan sederhana kerana akses udara terus Firefly yang disediakan dan kedudukannya yang dekat, iaitu dalam lingkungan dua jam penerbangan dari Subang. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.