JENAMA tudung Fareeda sememangnya telah dikenali ramai sejak beberapa tahun lalu dan menjadi antara pelopor tudung tanah air dengan hasil rekaan fesyen tudung yang anggun dan eksklusif.

Baru-baru ini, Fareeda Global Resources Sdn Bhd tampil membawakan kelainan dengan melebarkan cabang perniagaan apabila melancarkan koleksi jubah dan tudung ‘Arabian Black Miracle’ di Kilang Fareeda, Bandar Baru Bangi, Selangor, awal Ogos lalu.

Pengarahnya, Mawar Abdul Karim berkata, pengenalan jubah dan tudung ini didatangkan dengan kelainan poket berzip, zip di kiri dan kanan tangan serta bawah jubah.

Menurutnya, jubah ini yang diinspirasikan sendiri oleh ibunya, Faridah Zakaria iaitu Pengarah Urusan dan Pengasas Fareeda.

“Sebelum ini, kita boleh dapatkan jubah yang mempunyai poket tetapi kami hasilkan jubah dengan poket yang mempunyai zip serta di bahagian pergelangan tangan dan bawah jubah bagi memberikan kemudahan kepada pemakai.

“Selain poket, jubah dan tudung bagi koleksi ini juga didatangkan dengan material yang sesuai dengan negara bercuaca panas iaitu kain kapas dan satin,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran koleksi jubah dan tudung itu, baru-baru ini.

Menurutnya, zip tambahan di tangan adalah untuk mudah mengambil wuduk, poket untuk menyimpan pelbagai barangan penting dan tepi kaki untuk senang duduk ketika solat.

Bukan itu sahaja, rekaan menggunakan zip sebagai aksesori itu akan menampakkan pemakai kelihatan lebih moden dan trendy.

Koleksi jubah dan tudung itu juga mempunyai pelbagai pilihan aksesori yang menarik pemakai. Paling eksklusif ia menggunakan batu swarovski, arabian diamond dan sequin eksklusif.

Menurutnya, jubah ini direka bagi memenuhi gaya pemakai yang inginkan kesederhanaan tetapi nampak eksklusif. Di mana jubah ini juga, sesuai untuk digayakan di pejabat atau urusan rasmi di samping untuk dipakai ketika menunaikan haji dan umrah.

Koleksi adalah terhad

Bagi melahirkan eksklusif jubah yang diperkenalkan itu, setiap rekaan jubah itu hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad.

“Kami tidak akan mengeluarkan jubah dalam kuantiti yang banyak bagi setiap satu rekaan, agar ia nampak eksklusif kepada si pemakai,” katanya.

Ketika pelancaran, Fareeda membawakan 10 rekaan jubah dan pelbagai pilihan tudung.

“Bagi pengenalan awal jubah ini, kami datangkan lebih banyak warna hitam dan akan mengeluarkan reka bentuk dengan warna yang pelbagai pada masa akan datang, bergantung kepada permintaan pelanggan,” katanya.

Mawar berkata, koleksi jubah ini juga sesuai digayakan dengan seluar panjang atau skirt labuh sama ada ke majlis keramaian, pejabat mahupun ke mana sahaja kerana rekaannya yang santai tetapi menawan.

Selain jubah dan tudung, Fareeda turut memperkenalkan set telekung yang menggunakan gabungan kain lycra dan chifon bersesuaian dengan musim haji.

Keunikan telekung yang diperkenalkan oleh Fareeda adalah ikatannya yang berada di bahagian dalam (lapisan kedua) yang mana menjadikan anda seolah-olah memakai tudung labuh bukannya telekung.

Tawar harga berpatutan

Dihasilkan menggunakan material yang terbaik tetapi jubah ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

“Walaupun dijual secara set, tetapi ia juga boleh dibeli secara berasingan, yang mana harga tudung dan jubah bermula serendah RM100.

“Manakala, harga set adalah RM200 (tudung dan jubah),” katanya.

Menurutnya, jubah itu juga boleh didapati dalam pelbagai saiz bermula saiz S sehingga XXXL demi memenuhi permintaan dan cita rasa pelanggan.

Mengulas berhubung persiapan pengeluaran koleksi jubah itu, Mawar berkata, pihaknya melakukan persiapan hanya dalam tempoh satu minggu sebelum pelancaran.

“Idea ini bermula apabila ibu saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan jubah yang sesuai itulah mendorong kami untuk menghasilkan jubah ini,” katanya.

Fareeda berharap agar pengenalan koleksi jubah ini akan mendapat sambutan daripada pelanggan, sekali gus menambah jumlah pelanggan sedia ada.

“Tujuan utama kami adalah untuk memudahkan pelanggan ke masjid dan menunaikan umrah atau haji, yang mana pengguna tidak perlu bawa telekung asing dengan material yang berkualiti tetapi dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Pada 2012, Fareeda pernah memperkenalkan jubah dan tudung labuh dalam pasaran.

Bagaimanapun, berikutan kekangan kakitangan pada waktu itu yang tidak mencukupi pihaknya tidak meneruskan penjualan.

Koleksi ‘Arabian Black Miracle’ boleh didapati di mana-mana cawangan Fareeda di seluruh negara atau terus ke kilangnya di Bandar Baru Bangi.

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian hotline Fareeda Group;

013 275 9420
013 655 7509
013 242 2798

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • INDUSTRI telekung negara berkembang maju apabila pengusaha tempatan lebih kreatif dan berdaya maju untuk menampilkan kelainan pada rekaan dengan menggunakan pelbagai jenis fabrik dan material yang mampu memenuhi cita rasa masyarakat tempatan dan antarabangsa.
  • EKSKLUSIF, unik dan berkualiti membantu pemakainya sentiasa tampil anggun dan berkarisma menyebabkan rekaan jenama tudung terkenal, Fareeda sentiasa menjadi pilihan walaupun banyak perniagaan tudung di pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • “TAK ada masa untuk masak, tak pandai masak? Kini itu bukan lagi alasan apabila Fareeda Food Trading PLT meluaskan lagi empayar perniagaannya kepada produk berasaskan makanan dengan memperkenalkan jenama Kabira, resipi terbaik ibu berkonsepkan ‘ready to cook’.
  • SETIAP kali Butik Fareeda mengadakan jualan koleksi tudung baharu, pasti ribuan pelanggan sanggup beratur awal bagi mendapatkan tiket pembelian (nombor giliran).