Energizer M’sia optimis tingkat 75 peratus dua jenama
$entry.content.caption.value

Energizer Malaysia optimis tingkatkan nilai penguasaan pasaran kepada 72 hingga 75 peratus bagi dua jenama dalam segmen bateri iaitu, Energizer dan Eveready menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Mike Foong berkata, pada masa ini Energizer Malaysia menguasai 71 peratus nilai penguasaan pasaran melalui dua jenama, Energizer menguasai 36 peratus manakala Eveready menguasai 35 peratus.

“Tetapi apa yang lebih penting ialah mengekalkan kepercayaan pengguna untuk terus memilih dan menggunakan produk kami,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Energizer Night Race 2012, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, sejajar menunaikan tanggung jawab korporat sosialnya (CSR) buat kali pertama, Energizer Malaysia bekerjasama bersama Kiwanis Malaysia, sebuah organisasi sukarelawan bagi me­nganjurkan acara Energizer Night Race 2012 yang terbuka kepada 5,000 peserta.

Yuran penyertaan adalah RM10 seorang. Hasil daripada kejohanan itu, sebanyak RM340,000 akan sumbangan untuk kegunaan dan membantu pembelajaran serta pembangunan kanak-kanak kurang upaya.

Program tersebut anjuran bersama Twenty First Century Sports Sdn Bhd, 21 April ini di Litar Antarabangsa Sepang dengan tiga kategori utama.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.