JIKA Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan Myvi baharu, Proton Sdn Bhd juga turut tidak kalah untuk meluncurkan 'adik baharu'.

Menariknya, walaupun bersaing, kedua-dua syarikat ini menunjukkan toleransi yang baik.

Bagi meraikan dan sebagai tanda tahniah diatas kelahiran adik baharu, satu pantun khas dinukilkan Proton buat Perodua.

"Tahniah Myvi, Iriz ucapkan, sama-sama nanti menghiasi jalan, promosi Iriz kini jadi rebutan. servis percuma atau RM5,000 penjimatan"

Pantun itu dimuat naik dalam laman sosial, Facebook Proton, semalam.

Promosi tersebut bermula pada hari sama Myvi baharu dilancarkan.

Perodua menawarkan lima variasi bagi Myvi serba baharu berkapasiti enjin 1.3 liter hingga 1.5 liter dan ia merupakan sebuah  kenderaan cekap tenaga (EEV).

Kereta itu akan dijual dengan harga sekitar RM44,300 sehingga RM55,300 seunit dan sudah dibuka untuk tempahan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :