EDOTCO Malaysia dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd meng­umumkan sebagai perintis dalam operator multi­nasional, multi teknologi ‘Small Cells’penyelesaian yang pertama di dunia, yang mampu meningkatkan liputan data dan kelajuan penghantaran sehingga empat kali ganda untuk semua Operator Rangkaian Mudah Alih di Malaysia.

Penyelesaian ini akan dapat meningkatkan penga­laman pengguna mudah alih dan beribu-ribu pelanggan yang melewati perhubungan di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) setiap hari.

Infrastruktur tele­komunikasi generasi untuk keperluan masa akan datang ini akan dipasang di dua lokasi strategik di tingkat bawah KL Sentral yang mempunyai kemampuan untuk pelbagai pengendali rangkaian mudah alih (MNOs).

Pegawai Serantau Ketua Pegawai Eksekutif edotco, Wan Zainal Adileen berkata, kerjasama ini memberi komitmen pihaknya, bukan sahaja dalam membuat infrastruktur yang boleh ditembusi tetapi juga memastikan ia mapan dan dapat menyokong keperluan pengguna mudah alih masa depan.

"Hasrat kami dalam mencipta suatu inovasi dalam usaha bagi memacu industri. Menerusi penye­lesaian pertama ini pastinya akan menetapkan tanda aras untuk semua pemain dalam ekosistem,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (Malaysia), Baker Zhou berkata, pihaknya gembira edotco telah menubuhkan syarikat menara bebas terkemuka, dan memilih untuk bekerjasama dengan Huawei sebagai rakan teknologi dalam projek mercu tanda ini.

"Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada membina Malaysia yang lebih digital dan pintar bersama edotco.  

"Penyele­saian ini diintegrasikan dan dioptimumkan untuk terus dinamik pada suku tahun ketiga 2018, dan merupakan langkah penting ke arah membuat penye­lesaian teknologi multi 5G, akhirnya menjadi kenyataan di Malaysia,” katanya.