$entry.content.caption.value
Ducati Malaysia menyasar menggandakan jualan motosikal premiumnya kepada lebih 500 unit tahun ini, berbanding tahun lalu.
Pengurus Besarnya CW Juan ketika majlis pelancaran model Ducati Diavel AMG di Petaling Jaya berkata, tahun lalu, syarikat menjual lebih 200 unit, dengan Ducati Monster 795 menjadi model paling berjaya.
Ducati Diavel AMG, adalah hasil kerjasama antara Ducati dan Mercedes AMG, merupakan edisi terhad model Ducati dan hanya lima unit tersedia bagi pasaran Malaysia.
Juan berkata, edisi khas motosikal berkuasa tinggi itu berharga RM193,999 seunit, dan tiga unit telah ditempah.
Lima unit Ducati Diavel AMG itu dijangka tiba di Malaysia pada Mei ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





