BAHAN pencuci dan pelembut pakaian jenama Downy, tidak asing lagi di pasaran dan ia menjadi antara pilihan ramai orang tidak kiralah sama ada di Malaysia, mahupun seluruh dunia.

Jenama Downy mula dilancarkan pada Ogos 1960 ketika sambutan ulang tahun ke-123 syarikat global yang diasaskan James Gamble dan William Procter, Procter & Gamble (P&G).

Pada masa itu, ia hanya dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) sebagai ujian pasaran, sebelum diperluaskan ke seluruh dunia setahun kemudian.

Bermula dengan pelembut kain cecair Ultra Downy, produk jenama Downy berkembang dengan pengeluaran Downy Unstopables In-Wash Scent Boosters, Downy Infusions, Downy Fresh Protect Odor Shield, Downy Perfum Collection dan lain-lain.

Lebih setengah abad dalam pasaran, Downy tidak pernah mengecewakan pelanggan dengan pelbagai inovasi terkini bagi memberikan kesegaran tahan lama dan melindungi fabrik daripada sebarang kerosakan ketika cucian atau proses pengeringan.

Selain itu, rangkaian produk Downy membantu mengelakkan bau tidak menyenangkan, mengharumkan dan melembutkan fabrik, memudahkan pakaian untuk diseterika serta untuk kulit sensitif.

Sehingga kini, Downy mempunyai lima jenis rangkaian produk yang meliputi liquid fabric conditioner, scent beads, dryer sheets, Downy ball dan wrinkle spray.

Antara produk jenama Downy yang menjadi pilihan ramai.

Seperti mana perniagaan lain, Downy tidak terlepas berdepan pelbagai cabaran antaranya didakwa menggunakan unsur babi dalam pengeluaran produk seperti pernah tersebar di laman media sosial, dua tahun lalu.

Downy Malaysia buat kenyataan balas dengan menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan formula produk di Malaysia tidak sama dengan produk di AS, malah produk Downy di negara ini turut dihasilkan di kilang berbeza.

Bukan itu sahaja, jualan pelembut pakaian cecair Downy dikatakan jatuh 26 peratus antara 2007 dan 2015 di AS, didorong pengurangan golongan milenia yang tidak menghabiskan banyak masa melakukan kerja rumah.

Semua cabaran itu berjaya diharungi Downy dan produknya masih diterima baik di lebih 50 buah negara termasuk Filipina, Malaysia, Indonesia dan lain-lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.