DI Malaysia penggunaan dinding kaca dilihat semakin kerap diaplikasikan dalam sesuatu pembangunan.

Dinding kaca lut cahaya ini bagaimanapun masih membenarkan cahaya menerangi kediaman. Dengan Solar Squared, ia turut boleh menjana kuasa elektrik dari sumber mesra alam.

Blok kaca Solar Squared mempunyai panel solar terbina pada permukaannya.

Kaca dihasilkan dalam pelbagai warna mengikut kehendak pelanggan.

Dengan penggunaan Solar Squared, pemilik rumah masih boleh menjana kuasa elektrik lestari mereka sendiri sekaligus mengurangkan kos bayaran bil bulanan.

Blok kaca dengan panel solar terbina ini akan mula dijual tahun hadapan tetapi kos setiap blok masih belum diumumkan setakat ini.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.