PENERAJU platform pulangan tunai, ShopBack melancarkan festival beli-belah jualan akhir tahun, ShopFest bermula 1 Sep­tember hingga 31 Disember ini.

Pengasas bersama ShopBack Malaysia, Shar­meen Looi berkata, ShopFest adalah gerbang untuk pengguna dapatkan tawaran beli-belah dan bonus menarik semasa buat belian dalam tempoh empat bulan ini.

“Buat masa ini, kami bekerjasama dengan lebih 500 e-dagang termasuk 11street, Lazada, Expedia, Zalora dan Traveloka Malay­sia untuk sediakan sehingga 30 peratus pulangan tunai.

“Kami yakin usaha ini akan menggandakan keseda­ran dan prestasi e-dagang, malah mengatasi lebih 10 kali peningkatan trafik purata setiap jam yang dicapai pada 11.11 Single Day tahun lalu,” katanya pada majlis pelan­caran ShopFest, semalam.

Festival beli-belah ini merangkumi enam acara utama iaitu #MYCYBERSALE, 9.9 Rewards Day, 11.11 Single Day, Black Friday Cyber Monday, 12.12 Online fever dan jualan akhir tahun Krismas serta tahun baharu.

Pelbagai promosi dan pulangan tunai disediakan termasuk kategori elektronik, fesyen, kecantikan, pelancongan, barang runcit, makanan, isi rumah dan sukan sepanjang kempen berjalan.

Menurut Sharmeen, bermula 1 September ini, aktiviti dalam talian serta luar talian untuk pengaktifan ShopFest akan dikuasakan oleh ShopBack dan rakan e-dagang.

“Terdapat hampir RM10 juta pulangan tunai dijangka akan diberikan semasa Shopfest. Sehingga kini sebanyak RM25 juta pulan­gan tunai diberikan kepada lebih 1 juta pengguna kami.

“Selain itu, ShopFest juga akan dilancarkan di tujuh negara dengan Malaysia menjadi hentian pertama, diikuti Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan pasaran terbaharu, Australia.

“Selepas lebih tiga tahun beroperasi, ShopBack kini berkembang dari 5,000 pengguna kepada lebih satu juta di Malaysia. Ini mem­buktikan pengguna sangat teruja untuk mencari cara bagi mendapatkan lebih nilai bagi setiap ringgit,” katanya.