CIMB Group Holdings Bhd hari ini menafikan cabang Perbendaharaannya merupakan sumber maklumat membabitkan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai warisan 10 peratus dalam pembentangan Belanjawan 2018.

“Kumpulan CIMB menjelaskan bahawa kumpulan itu atau anak-anak syarikatnya tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai sebarang cadangan mengenai cukai warisan di Malaysia,” kata kumpulan berkenaan menerusi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan berita yang disebarkan di media sosial, memetik perbendaharaan  CIMB sebagai sumber maklumat terbabit.

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan cukai warisan akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2018. - Bernama