PENGELUAR produk kecantikan dan kesihatan, Phyto Science Sdn Bhd (Phyto Science) optimis produk terbarunya, Crystal Cell mampu menyumbang kepada peningkatan jualan produknya pada tahun ini yang kini menembusi lebih 18 negara.

Pengedar utamanya, Maszila Misngat berkata, produk tersebut yang merupakan produk kesembilan Phyto Science menjalani pembangunan dan penyelidikan selama lima tahun di Switzerland dan diformulasikan menggunakan teknologi dari negara itu.

Menurutnya, bahan mentah Crystal Cell terdiri daripada ekstrak tomato putih yang kaya dengan phytoene dan phytofluene, phytocelltec mallus domestica ramuan berasaskan sel-sel stem dari epal Uttwilerspatlauber dan phytocelltec solar vitis berasaskan anggur Gamay Teinturierfreaux.

"Kesemua bahan mentah ini diimport dan dipek semula di kilang yang terletak di Puchong, Selangor. Jualan Crystal Cell dijangka mendapat sambutan.

"Malahan, Crystal Cell sudah menembusi pasaran antarabangsa walaupun berada dalam pasaran Julai lalu," katanya.

Menurutnya, Crystal Cell boleh digunakan pelbagai peringkat umur, bantu mengawal pigmentasi dan kesan pencerahan kulit, bantu mencegah penuaan awal, bantu mempercepatkan penyembuhan luka dan peremajaan sel.  

"Cara makannya yang mudah iaitu, meletakkan di bawah lidah satu sachet pada setiap hari. Produk ini dijual pada harga RM250," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Wanita dan gincu tidak boleh dipisahkan kerana ia pelengkap solekan dan membantu tampil lebih menawan. Sekiranya tanpa olesan gincu, penampilan wanita tidak lengkap. Bibir wanita lebih cenderung untuk sensitif dan memerlukan penjagaan rapi.
  • SISTEM pengedaran yang unik adalah rahsia di sebalik populariti global jenama-jenama kosmetik Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pemimpin baharu sebuah persatuan saintis kosmetik antarabangsa.
  • TAHUN ini menyaksikan kerjasama Sugarbelle Cosmetic bersama lima juru solek terkenal Malaysia bagi menghasilkan gincu jenis lip cream dalam pelbagai variasi warna bagi memenuhi permintaan wanita di negara ini.
  • HANMA Holdings Sdn Bhd menerusi jenama Hanma Beauty muncul sebagai peneraju produk kecantikan menerusi khasiat propolis atau ‘bee glue’, sejenis zat dihasilkan oleh lebah yang memberikan manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah.