KITA tidak akan boleh buat banyak perbezaan hanya dengan jadi sama seperti orang lain. Jadi berbeza. Jadi 5 peratus manusia yang berjalan ke arah berbeza. Bertanggungjawab tentang masa depan sendiri. Kita tidak memerlukan seluruh dunia untuk mencintai kita. Cukuplah hanya dengan beberapa orang yang baik.

Dalam era masa kini, untuk ada dalam kelompok 5 peratus, langkah pertama adalah tingkatkan connection secara online dan offline dengan manusia lain. Kedua tingkatkan integrasi dengan integrasikan stail dan substance. Ketiga dan terpenting banyakkan hubungan bersifat human to human berbanding terperosok machine to machine semata mata.

Minggu ini, saya dan famili menonton filem The Greatest Showman - menceritakan kisah P.T. Barnum - pelakon utamanya adalah Hugh Jackman. Kisah ketekunan dan ketabahan daripada seorang budak lelaki miskin hingga menjadi pengasas terkenal “Barnum dan Bailey Circus”, dipaparkan menarik dalam bentuk filem muzikal yang menghiburkan hati. Kita lihat P.T. Barnum sebagai seorang budak lelaki yang dilayan secara buruk oleh keluarga kelas atasan tempat beliau berkhidmat. Apabila bapa Barnum meninggal dunia, dia hidup gelandangan di jalanan untuk bertahan.

Dari situ, dia dapati cara (street smart) untuk buat penjenamaan bagi dirinya sendiri dan hidup untuk membina keluarga bahagia. Kemudian dia kehilangan semuanya. Inilah rencah keusahawanan yang mahal. Kita dapat resipi rahsia mahal dari luang masa menonton filem ini. P.T. Barnum muda ini punyai visi. Dia akan jadi lebih dari sekadar “Landak jalanan lemah hanya mampu pertahan diri dengan duri bagi lukakan orang.” Barnum mahu menghiburkan manusia lain.

Sepanjang filem ini, dia buat dan buat. Dia terus menghiburkan orang ramai. Masa depannya yang jelas dibayangkan dengan apa yang bakal dihasilkan. Pemimpin ada tanggungjawab untuk memancarkan visi diri serta organisasi kepada orang lain supaya mereka dapat lihat dengan jelas. Letakkan asas, kemudian bina dengan cerita, dan bawa pasukan ke dalam visi yang jelas terpeta. Terangkan masa depan dengan kejelasan dan tembak tepat untuk dapatkannya. Berikan komitmen dan buat secara konsisten. Akhirnya 'bintang di angkasa' akan turun ke bumi untuk mudahkan kita bagi memetiknya.

Dalam filem ini, P.T. Barnum berkata dalam satu babak “Ini salah saya tuan.” Charity Hallet masa muda (ditakdirkan untuk masa depan sebagai Puan Barnum) sedang berlatih  kemahiran minum teh ketika seorang anak muda P.T Barnum membuatkan dia ketawa. Ayahnya, seorang aristokrat kaya menegurnya kerana ketawa semasa latihannya. Anak muda, Barnum bergerak maju. Dia sedar dia adalah orang yang membuat Charity ketawa dan itu salahnya. Dia menerima tanggungjawab untuk tindakannya. Akibatnya Encik Hallet terus menampar Barnum untuk pengakuan gelagat itu.

Pelajaran pertama bagi filem ini - pemimpin besar menerima tanggungjawab atas tindakan mereka. Pemimpin besar tahu tindakan mereka mempunyai akibat pada diri dan orang lain. Kerana ini, mereka juga sedia terima akibat untuk tindakan mereka. Apabila pemimpin-pemimpin besar tergelincir, mereka tidak berputus asa dan bersembunyi. Mereka berdiri dengan berani katakan “di sini saya berdiri, dan ini salah saya.”

Kebaikan perubahan kehidupan: Selepas Bapa Barnum meninggal dunia, dia memulakan kehidupan di jalanan. Untuk terus hidup, dia cuba mencuri roti daripada pedagang jalanan. Pedagang itu menyedari apa yang dilakukan Barnum dan mengejarnya. Pedagang merampas semula roti dan menampar dia. Seorang asing yang cacat melihat apa yang terjadi pada Barnum. Dia limpahkan kasih sayang kepada budak lelaki itu dan memberinya epal merah. Perbuatan kebaikan yang nampak biasa-biasa ini mempunyai pengaruh dalam kehidupan Barnum kemudiannya. Kebaikan tidak sering bercakap mengenai aspek kepimpinan tetapi kebaikan adalah teladan kepimpinan penting. Kita memenangi kesetiaan dan pengabdian dengan kebaikan. Kita mempamerkan kemuliaan orang apabila mengajak orang untuk  menyukai kebaikan dalam kehidupan. Dunia akan menjadi tempat yang lebih baik apabila ada sifat baik hati.

Kegagalan adalah sebahagian kepimpinan. P.T. Barnum membuka muzium keanehan. Muzium ini mengandungi zirafah tertinggi di dunia, gajah gergasi, dan banyak lagi. Kebanyakan tarikannya adalah haiwan yang diperbuat daripada patung lilin. Dia teruja untuk membuka muzium itu dan percaya dia akan melihat kejayaan. Tetapi dia tidak berjaya. Pada hari pertama muzium, dia menjual beberapa tiket. Hanya kepada isteri dan dua anak perempuannya. Usaha pertama kelihatan seperti kegagalan. Walaupun muzium gagal, dia berpindah ke usaha lain. Satu yang mendapat lebih banyak kemasyhurannya. Kegagalan adalah sebahagian daripada kepimpinan.

Kebanyakan orang mahu elak kegagalan. Mereka percaya kegagalan tanda kekalahan. Pemimpin tahu kegagalan tidak bermaksud akhir. Kegagalan bermakna sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Apabila gagal, pilih untuk berdiri dengan berani, kesan peluh dan bersihkan dari debu kotor, dan bergerak ke arah matlamat seterusnya. Malah dalam Islam tiada perkataan gagal dalam hidup.

Nasihat yang hebat boleh datang daripada mereka yang ada pengalaman paling sedikit. Anak-anak Barnum mula bercakap kepada dia mengenai muzium itu. Mereka menyebut muzium itu mempunyai banyak benda mati. Apa yang diperlukan muzium adalah makhluk hidup. Idea mereka mencetuskan imaginasi kepada Barnum. Dia membayangkan pertunjukan dengan bawa orang kelainan upaya dengan rupa wajah tidak sempurna pada pandangan dunia manusia biasa ke panggung untuk tarikan penonton.

Sangat mudah untuk membuang idea apabila ia datang daripada seseorang yang kurang pengalaman daripada kita. Kita mungkin percaya mereka tidak pernah berada di mana kita berada.

Fakta nyata, idea mereka tidak tercemar dengan pengalaman. Bersedia untuk mendengar orang yang kurang pengalaman daripada anda. Menilai idea mereka dan melihat bagaimana mereka boleh berfungsi. Inilah perkara inti dalam dunia masa kini. Dunia Digital. - Bersambung...

* Datuk Roslan Ab Hamid ialah Presiden dan Ketua Strategi Paul Penders International Sdn Bhd. Banyak masa beliau berada di Indonesia. Beliau boleh dihubungi melalui FB Roslan Ab Hamid.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PROTON Holdings Bhd menjelaskan diskaun istimewa kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, bukan kes istimewa.
  • SHOPEE, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, melancarkan kempen 'Wang with Shopee' yang menawarkan ganjaran lumayan bernilai hampir RM1 juta.
  • PERKHIDMATAN perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab semakin mendapat sambutan di negara ini, sekali gus berjaya mencetuskan fenomena tersendiri menerusi sistem e-hailing. Bagaimana pun sistem itu rata-ratanya disertai golongan lelaki dan penyertaan wanita dilihat sangat terhad.
  • PAKAR Perabot Terpakai Shah Alam (iBoss), antara syarikat yang menjual perabot terpakai terkenal sekitar Lembah Klang sejak 2013, bakal menambah satu lagi cawangannya di Bangi tidak lama lagi.
  • DIIZ Industries Sdn Bhd (DIIZ), pengeluar dan pengedar produk perangsang baja, Spinox 8 menandatangani perjanjian dengan tiga syarikat dari Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu.