CIDB sedia kriteria dokumen pelabelan
$entry.content.caption.value

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam usaha menyediakan kriteria dokumen memudah­kan pelabelan produk pembinaan sebagai mesra alam.

Pelabelan berkenaan penting untuk menggalakkan teknologi hijau dalam kalangan pengeluar-pengeluar.

Pengurus Sektor Pem­bangunan Teknologi Binaan dan Pembangunan Inovasi CIDB, Emasria Ismail berkata, mekanisme eko-pelabelan sistematik terdiri daripada butir-butir seperti jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan produk atau jumlah tenaga ia gunakan untuk dikategorikan sebagai produk hijau.

“Setakat ini, kami telah membangunkan kriteria dokumen untuk papan panel, permaidani dan komposit kayu,” katanya pada Persidangan Pembinaan Hijau 2012, semalam.

Emasria berkata, CIDB sedang memuktamadkan kriteria dokumen untuk keluli, selain tiga produk lain.

“Kami dalam peranca­ngan memulakan projek perintis kami pada Julai. Pengeluar yang berminat dalam projek ini dipelawa membawa produk mereka untuk dinilai oleh CIDB,” katanya.

Persidangan itu meng­himpunkan pakar dan syarikat-syarikat utama dalam teknologi pembinaan, reka bentuk dan pembinaan.

Pakar-pakar industri akan berkongsi amalan terbaik dan strategi mampan bagi ekonomi baru muncul dan iklim global yang memerlukan model inovatif, berdaya maju dan model yang menguntungkan untuk kejayaan.

Persidangan dua hari itu dianjurkan bersama Kementerian Kerja Raya dan CIDB. -Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.