BIARPUN dihimpit dengan kenaikan harga barang yang mendadak, namun jangan terkejut tatkala mengunjungi Restoran 9 Big Plate di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang menyajikan chicken chop serendah RM4.50.

Ia pastinya perkara yang agak pelik apabila mendengar harga chicken chop serendah RM4.50 ini, namun itu hakikatnya apabila bertandang ke Restoran 9 Big Plate.

Pemilik Restoran 9 Big Plate, Amir Mat,49, berkata keistimewaan chicken chop yang dijual di sini adalah ia merupakan sajian yang pasti memberi kepuasan kepada pelanggan yang menikmatinya.

“Biarpun dijual dengan harga yang murah, namun menariknya dari segi saiz ayam yang diletakkan dalam hidangan ini, tidaklah sekecil mana, dan paling memuaskan hati adalah ayam yang disajikan merupakan kepingan daging ayam yang tidak bertulang.

“Ayam yang saya beli untuk hidangan chicken chop ini sama saja harganya dengan harga pasaran tapi pada saya soal keuntungan bukan fokus utama, apa yang penting kepuasan pelanggan yang menikmatinya,” katanya.

Amir berkata, dengan hidangan chicken chop serendah RM4.50 ini, pelanggan juga boleh menikmati kentang dan juga coleslow yang mana ianya dibuat sendiri di sini.

“Dengan kepingan ayam yang rangup, pelanggan juga dapat menikmati kentang goreng serta coleslow yang dihias dalam hidangan yang disajikan ini.

“Selain itu, kuahnya diletakkan di atas ayam yang panas tersebut yang mana ia tampak menyelerakan bagi sesiapa yang menikmatinya,” katanya.

Selain chicken chop, Restoran 9 Big Plate turut menyajikan puluhan makanan lain terdiri daripada masakan Thai, Barat dan juga tempatan.

Menurutnya, apa yang menjadi kepuasan kepada dirinya adalah melihat pelanggan yang datang dapat menikmati chicken chop ini dengan harga yang murah.

“Chicken chop sememangnya dikenali sebagai hidangan yang agak mahal juga dari segi harga, kalau nak diikutkan tak semua orang mampu untuk menikmatinya, jadi di situ datang kesedaran kepada saya untuk memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati hidangan ini.

“Pada saya, jika menjual dengan harga yang murah, soal untung atau rugi bukanlah perkara pokok, ianya sebagai satu kebaikan yang kita kongsikan bersama orang, ALLAH pasti membalasnya,” katanya tersenyum.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • CHIKEN chop merupakan hidangan yang sangat digemari semua golongan.
  • SUKAR untuk penggemar chicken chop mendapatkan harga yang paling murah untuk menjamu selera makanan Barat di sekitar bandar Seremban.
  • DALAM situasi ekonomi hari ini, ramai yang berhati-hati untuk menikmati makanan ala barat di restoran kerana sinonim dengan harga mahal berbanding makanan selera tempatan lain.
  • SHAH ALAM - Walaupun rakyat kini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di kawasan bandar, sebuah gerai makanan barat masih lagi mengekalkan harga berpatutan dan boleh dianggap murah dengan menawarkan harga serendah RM6 kepada pelanggan yang mahu menikmati sepinggan chicken chop.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.