KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Peter Bellew, berkata tidak ada campur tangan daripada sesiapa ketika beliau menjalankan tugasnya di MAS, namun beliau akan berpindah ke Ryanair kerana cintakan tanah air yang memanggilnya pulang ke Ireland.

Dalam respon peribadinya kepada pertanyaan media, Bellew berkata beliau menerima panggilan daripada Ryanair lewat petang dua minggu lepas untuk menjadi COO (ketua pegawai operasi).

“Ia merupakan syarikat terhebat Ireland. Mereka perlukan bantuan saya dan terdapat cabaran yang besar. Ia dalam bentuk khidmat untuk negara,” katanya.

Bellew berkata semasa ditanya pada 27 September , sama ada akan ke Ryanair, beliau berkata tidak, namun seminggu kemudian, panggilan itu diterima.

“Dalam hidup, kita sebenarnya tidak dapat berkata tidak,” jelas beliau.

“Saya tidak sabar lagi untuk kembali berdekatan dengan kelaurga dan rakan-rakan yang jaraknya 14 jam ke Ireland,” katanya.

Beliau menyifatkan Malaysia Airlines sebagai ‘istimewa’ kerana ia bukan sahaja sebuah syarikat penerbangan, bahkan antara simbol paling awal kerancakan negara ini yang hebat.

“Mereka yang tidak pernah menaikinya, sukakannya. Kebanyakan negara mahukan ia kembali maju dan menjadi kebangaan negara. Ia tugas yang sukar untuk melakukannya,” katanya.

“Kejayaan kini dalam gengaman kita. Hanya 4-5 peratus lagi hasil bulanan dan ia akan membuat keuntungan.

Tidak selalunya mudah untuk untung,namun dalam suku kedua, hasil meningkat 7 peratus.

Produk sudah nampak meningkat, pesawat baharu berangka besar, ruang istirahat baharu, program kesetiaan yang baharu, dan operasi yang lebih baik di Kuala Lumpur,” katanya.

Bellew bagaimanapun berkata masih ada tugas yang perlu dilakukan ke atas makanan!

“Banyak yang sudah dibuat – banyak lagi perlu dilakukan,” katanya.

Beliau bekata jenama tidak perlu diubah, namun banyak kerja perlu dilakukan di peringkat global menerusi media dan ejen pelancongan bagi membangunkan semula warisan.

“Orang sukakan Malaysia Airlines. Jenama sudah hidup semula dari China ke UK dan ke Australia.

Usaha perlu diteruskan dan akan menghasilkan 5 peratus pertumbuhan hasil tambahan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Khazanah Nasional Bhd yang mempercepat transformasi serta Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar yang memberikan sokongan.

“Biar saya jelaskan. Khazanah ialah syarikat pelaburan Malaysia yang berkaitan dengan kerajaan. Mereka memberikan sokongan penuh kepada saya secara peribadi dan dari segi korporat.

Saya berusaha untuk telus dalam urusan harian, termasuk dalam mesyuarat dan mengheret petugas mereka untuk bekerja dengan kami!  Ia berjaya. Tidak ada campur tangan,” kata Bellew.

“Ramai yang bertanya bagaimana saya tangani campur tangan kerajaan. Tidak berlaku pada saya. Sifar (tiada langsung) campur tangan,”katanya.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.
  • JOHOR BAHRU - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang baharu, Christoph R Mueller memerlukan sentuhan ajaib...
  • KUALA LUMPUR - Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diswastakan dan ia perlu dilaksanakan, kata Maybank Investment Banking (IB) Research.
  • KUALA LUMPUR - Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berlangsung dengan lebih 1,000 hadir, termasuk 560 pemegang saham minoriti, pada 11 pagi.