Jamie Dimon
JP Morgan Chase
WASHINGTON - Barisan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) mengkritik Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase & Co, Jamie Dimon selepas dimaklumkan kerugian terbitan perdagangan dan kawalan ketat terhadap bank-bank utama.
Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat (AS), Tim Johnson semasa siasatan kerugian sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) semalam, mengajukan soalan 'di mana kawalan risiko sebuah bank yang terkenal dengan pentadbiran berisikonya itu?'
"Jadi apa masalahnya?" tanya Johnson sekali gus mencacatkan perbicaraan yang baru berlangsung dan dalam tempoh dua bulan sebelum ini, Dimon mengatakan kerugian syarikat kewangan itu adalah perkara kecil.
"Kita akan belajar dari kesilapan, tetapi ia sudah di luar kawalan strategi perdagangan yang langsung tiada aras kawalan risiko sehingga syarikat terpaksa mengeluarkan berbilion dolar," kata Johnson.
Dalam pada itu, tempoh siasatan terganggu apabila pada Selasa lalu Dimon dengan sendirinya cuba menghebohkan beberapa implikasi kerugian mengenai kewangan bank dan peraturan perbankan.
Pada 10 Mei lalu, JPMorgan Chase mengejutkan para pelabur dengan pendedahan kerugian dagangan terbitan dalam tempoh enam minggu dan memberitahu jumlah kerugian bakal bertambah AS$1 bilion lagi menjelang akhir bulan ini.
Kerugian besar syarikat kewangan termasyhur AS itu menimbulkan persoalan mengenai pengurusan kawalan dalamannya dan peraturan sistem kewangan yang berada di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.
- Hakim sokong AS tidak dedah imej kematian Osama Laden
- Myanmar digesa henti keganasan etnik
- Boeing hantar semula Dreamliner 787
- Obama, Cameron bincang krisis Syria
- NASA: Stesen Angkasa alami kebocoran ammonia
- NASA: Stesen Angkasa alami kebocoran ammonia
- Pyongyang pindahkan peluru berpandu
- Dinosaur pemakan daging di China
- FBI buru tiga suspek
- AS mahu cari bukti Syria guna senjata kimia




