CANMAKE Tokyo melancarkan produk kosmetik terbaharu mereka ke pasaran Malaysia.

Pengarah Eksekutif Teeni Enterprise PTE LTD, Ron Tay Ruhong berkata, sebagai sebuah syarikat pengedar produk CANMAKE, pihaknya berbesar hati mengumumkan pelancaran produk terbaharu itu.

Menurutnya, antara produk terbaharu itu adalah CANMAKE Juicy Lady Liquid Cheek, CANMAKE Transparent Finish Powder, CANMAKE Marshmallow Finish Base Moisture dan Oil- Block, CANMAKE Lip Tint Matte, CANMAKE Velvety Fit Colors, CANMAKE Perfect Stylist Eyes dan CANMAKE Creamy Touch Liner.

Beliau berkata, melihat kembali sejak tiga tahun lalu pihaknya telah mencapai lebih daripada 500 peratus bagi jualan.

"Hari ini kita meraikan satu lagi anjakan untuk CANMAKE di mana kita mencapai 200 markah untuk jualan di Malaysia pada hari ini," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena CANMAKE Fun Fair, hari ini.

Mengulas mengenai sejarah produk tersebut, beliau berkata ia mula menembusi pasaran Malaysia pada 2005.

"Pada tahun itu juga CANMAKE berdepan cabaran sebagai kosmetik jepun kerana penerimaan pengguna tidak sebaik produk tempatan dan barat.

"Namun begitu pihak kami tidak berputus asa dan meletakkan usaha semaksimum mungkin untuk CANMAKE dengan meletakkan pelaburan dalam pelbagai aspek berbeza dalam kempen  pemasaran sama ada atas talian dan bukan atas talian," katanya.

Ron berkata, media sosial sememangnya kunci kepada pelaburan kepada tujuan mempromosikan CANMAKE di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun ini.

"Kita gunakan platform atas talian untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan pendekatan tutorial bagi mendidik rakyat Malaysia berkaitan kosmetik Jepun.

"Tahun ini kami mulakan dengan kunjungan ke universiti dan kolej dengan menaja pertandingan penampilan kecantikan dan cheerleading bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada generasi muda yang menjadi target pengguna menerusi tutorial," katanya.

Jelas beliau, pihaknya percaya produk kosmetik Jepun menekankan aspek kualiti dan inovasi.

"Ini kerana CANMAKE sentiasa berusaha mencuba yang terbaik bagi memastikan produk kosmetiknya mampu milik bukan hanya di Jepun tapi di Malaysia.

"Melihat kepada perkembangan ekonomi semasa, kami akan terus memberikan yang terbaik bagi meneruskan falsafah CANMAKE iaitu menghasilkan produk berkualiti dan dalam masa yang sama mampu milik di pasaran Malaysia," katanya.