• Boon Siew perkenal model baru Model baru CBR1000RR
1 /

BOON Siew Honda memperkenalkan dua motosikal berprestasi yang baru, motosikal Super Sports berkuasa CBR1000RR serba baru dan motosikal Dwi Guna lasak iaitu CRF250L, yang berada di seluruh pusat pameran bermula bulan ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, tawaran berkembar ini akan mampu memenuhi kehendak peminat motosikal dengan gaya berbeza.

“Satu tawaran motosikal untuk kegunaan lasak dan kasar, manakala, satu lagi motosikal yang menawarkan kualiti kawalan sepenuhnya,” katanya.

Model CBR1000RR boleh didapati mulai 14 Ogos 2012 dalam warna putih mutiara pada harga bersih RM96,500 serta warna merah dan hitam dengan harga RM95,900.

Pelanggan boleh memilih varian CBR1000RR C-ABS baru yang dilengkapi sistem kawalan elektronik ciptaan Honda iaitu sistem brek Combined Anti-Lock pada harga bersih RM107,600 untuk warna putih mutiara.

Manakala, RM107,000 untuk warna merah dan hitam. Honda CRF250L hanya akan berada di pasaran akhir Ogos dalam warna merah pada harga RM22,68