SHOPEE, platform e-dagang terkemuka di Malaysia berharap kerajaan dapat menyediakan sokongan yang lebih kukuh kepada peniaga dan usahawan tempatan yang terlibat di dalam perniagaan atas talian (online) dalam pembentangan Bajet 2018.

Pengarah Urusan Shopee, Ian Ho berkata, sokongan itu bagi membantu usahawan menyesuaikan diri dengan ekonomi digital bermula dengan pengetahuan dan dana untuk kursus berkaitan.

"Antara sokongan diperlukan adalah pengetahuan dan kemahiran yang memfokuskan kepada teknik pemasaran dalam talian efektif, amalan penjenamaan strategik dan peningkatan perkhidmatan pelanggan.

"Saya juga berharap rebat untuk jualan atas talian bagi menggalakkan usahawan terus meningkatkan pendapatan dalam talian," katanya.

Bagi menambah baik perkhidmatan usahawan tempatan, Ian berkata, Shopee menganjurkan bengkel keusahawanan percuma dipanggil Shopee University.

Mengulas berhubung kemudahan infrastruktur dan kelajuan internet di Malaysia, Ian berkata, ia perlu pertingkatkan keupayaan logistik sedia ada. Contohnya, membolehkan pelanggan menerima produk dibeli dalam masa dua jam atau hari yang sama.

"Ini boleh menarik minat pengguna," katanya.