TOSHIBA Singapore Pte Ltd, memperkenalkan komputer riba terbaharu X-Series (E-Generation) yang menawarkan prestasi profesional dan ketahanan prestasi maksimum.

Produk rangkaian profesional terbaharu Toshiba ini telah menjalani pembaharuan teknikal untuk memaksimumkan prestasi dan membuatnya lebih efisien dengan menawarkan prestasi tinggi pemproses Intel® Core Generasi kelapan.

Pembaharuan kepada portfolio Toshiba ini terus menunjukkan kepakaran syarikat menerusi komputer riba B2B, yang menawarkan peranti teguh direka untuk menjadi ultra-mudah alih, ultra tipis dan ringan tanpa menjejaskan kuasa dan prestasi tinggi.

Pengarah Urusan Toshiba Singapore, Wu Tengguo berkata, E-Generasi baharu direka dengan elegan untuk fleksibiliti yang tahan lama, ketahanan dan prestasi dalaman.

“Kami memahami corak kerja pengguna terus berkembang, justeru kami menyediakan komputer riba yang menawarkan prestasi sama, tanpa mengira tempat bekerja," katanya dalam satu kenyataan media.

X-Series (E-Generation) dilengkapi skrin sentuh tanpa reflektif dan teknologi In-Cell Touch baharu yang membolehkan para profesional menavigasi dan berinteraksi dengan kandungan tanpa menjejaskan reka bentuk atau paparan peranti.

Peranti ini dilengkapi pemproses Intel® Core Generasi ke-8, DDR4 (2400MHz) RAM dan 1TB PCIe SSD baharu, siri X menawarkan kuasa dan prestasi luar biasa.

Rangkaian E-Generation direka untuk melindungi data perniagaan dengan ciri keselamatan lanjutan termasuk pad sentuh dengan pembaca cap jari, SecurePad boleh didapati di semua peranti Portege dan TECRA yang baharu.

Pilihan kamera IR untuk pengesahan wajah melalui Windows Hello atau Intel® Authenticate turut tersedia.

Wu Tengguo berkata, untuk membantu urusan perniagaan, pengguna boleh terus berhubung dan beroperasi di mana sahaja kerana siri X mempunyai keupayaan sambungan lanjutan, termasuk keserasian dengan pelbagai dongle untuk penggunaan berbeza.

Untuk memaksimumkan kebolehgunaan, komputer riba ini direka menggunakan Thunderbolt 3 Dock2 iaitu pilihan baharu yang menyediakan kuasa, membolehkan pemindahan data dan port paparan serta membolehkan kerja mudah alih yang fleksibel termasuk USB Type-C3 saiz penuh USB3.0 dan port HDMI, serta Slot Kad microSD.

"Selain reka bentuknya yang  anggun, baterinya E-Generation ini juga tahan lebih lama dan memudahkan pengggunaannya," katanya.

Unit-unit siri X menawarkan reka bentuk ultra terang dengan Portege X20W-E lebar 15.4mm dan berat hanya 1.1kg1, manakala Portege X30-E 15.9mm berat hanya 1.05kg1, dan TECRA X40-E hanya 16.9mm nipis dan berat dalam 1.25kg1.