BANK Rakyat fokus menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) untuk mendekati masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan kepada institusi kewangan itu.  

Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani berkata, Bank Rakyat membawa seramai 30 kanak-kanak daripada Pusat Autisme Ideas bagi merasai pengalaman baharu di Taman Tema Animasi Studio (Maps) pertama Malaysia, sempena cuti sekolah lalu.

"Bank Rakyat sentiasa prihatin dalam menjalankan CSR bagi memberikan pe-ngalaman dan ilmu berharga kepada kanak-kanak autisme di seluruh negara melalui program yang dianjurkan.

"Mereka berpeluang mempelajari suasana baharu serta menikmati keseronokan melalui pelbagai permainan yang berkonsepkan watak animasi dalam dan luar negara," ujarnya.

Katanya, bukan itu sahaja, suasana di Maps yang mempunyai pelbagai elemen visual dan bunyi seperti tayangan 4D dilihat bersesuaian bagi pembelajaran terapeutik anak-anak autisme ini, di samping dapat meningkatkan pembangunan sosial.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERAMAI 1,482 warga kerja Bank Rakyat melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bagi membuktikan komitmen memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran dan urusan perbankan.
  • KELAB Nuri Bank Rakyat (Kelab Nuri) tampil dengan pelbagai pembaharuan pada tahun ke-10 penubuhan kelab tersebut dan menyasarkan sebanyak 1.2 juta ahlinya sehingga Oktober 2018.
  • KUMPULAN Bank Rakyat (Bank Rakyat) mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2017 sebanyak 6.38 peratus kepada RM958 juta, berbanding RM900 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.
  • BANK RakyatT memperluaskan perkhidmatan SSPN-i di 996 rangkaian mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan khidmat ‘cash-in and cash-out’ (Cico) di seluruh negara tanpa melalui kaunter PTPTN.