MALAYSIA menerima pengiktirafan tinggi daripada Bank Dunia dalam laporan Tadbir Urus Korporat Mengenai Pematuhan Terhadap Standard dan Kod 2012 (ROSC) yang dikeluarkan, kelmarin.
Bank itu turut mengiktiraf Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam tadbir urus korporat, dan membuat kemajuan besar dalam penambahbaikan kerangka undang-undang dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan tadbir urus korporat.
Menurut laporan tersebut, skor keseluruhan Malaysia adalah lebih tinggi daripada skor purata negara di rantau Asia dan turut memperakui Malaysia mempunyai pasaran modal yang besar, institusi yang kukuh, peserta pasaran yang bermutu dan piawaian perakaunan berkualiti tinggi.
“Bagi mengekalkan minat pelabur dan pertumbuhan yang aktif dalam pasaran modal, amat penting untuk mempunyai sebuah ekosistem tadbir urus korporat yang kukuh. Kami sangat teruja dengan pengiktirafan Bank Dunia terhadap usaha secara bersama agensi kawal selia dan industri dalam mengukuhkan tadbir urus korporat di Malaysia,” kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Ranjit Ajit Singh dalam kenyataan media.
ROSC adalah penilaian bebas yang dijalankan Bank Dunia dengan meneliti kerangka tadbir urus korporat negara yang diukur berdasarkan prinsip-prinsip Tadbir Urus Korporat OECD.
Daripada enam Prinsip Tadbir Urus Korporat OECD yang dinilai dalam laporan ROSC, Malaysia memperoleh markah tertinggi dalam layanan saksama terhadap pemegang kepentingan, kerangka penguatkuasaan dan institusi, serta penzahiran dan ketelusan.
Bank Dunia iktiraf Malaysia
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- KLIA2: Kami tak boleh tunggu lagi, kata AirAsia
- AirAsia tidak terganggu dengan rancangan pengembangan agresif Malindo
- Proton lancar kereta murah
- Zizan terus kunci mulut
- GSK, Legoland persembah lego Ribena Berry
- Zizan sering dibayangi Johan
- MASholidays tawar 3 pakej perjalanan harga istimewa ke Paris
- MAS perkukuh hubungan dengan 6 rakan kongsi KOD
- Buka laluan bisnes di China
- Proton yakin Saga SV akan cipta keuntungan
- AirAsia tambah kekerapan penerbangan untuk Hari Raya
- Tidak ramai fokus kepada penjenamaan
- Malindo Air jangka bawa 3 juta penumpang
- Talisman Malaysia utamakan pekerjaan bagi rakyat tempatan
- Naza Kia sasar jual 100 unit Sorento setiap bulan
- Bantu selesai masalah kewangan
- Maybank lancar Mastercard Dunia Maybank
- Pekema rayu BNM longgarkan syarat
- Bank Muamalat yakin agih pinjaman melalui Skim Pembiayaan Mikro
- Ternakan ikan air tawar berpotensi




