SINGAPURA dinobat bandar termahal di dunia untuk lima tahun berturut-turut selepas Paris, Perancis, Zurich dan Swiss.

Seperti yang disiarkan Kompas.com, isu pemilikan kenderaan menjadi penyebab Singapura menjadi bandar termahal di dunia.

Bagaimanapun, kos sara hidup di negara ini masih relatif dan lebih murah apabila melibatkan harga barangan keperluan dan kos orang gaji.

Sementara itu, 10 bandar di Asia Pasifik dan Eropah yang mendominasi bandar termahal di dunia adalah Hong Kong, Oslo, Jenewa, dan Seoul.

Lebih mengejutkan, Tokyo dan Osaka yang dikenali sebagai bandar paling tinggi kos sara hidup di Jepun tidak masuk dalam daftar 10 bandar berkenaan kerana inflasi yang rendah.

Seperti yang dilaporkan Bloomberg, pada 2013, Tokyo adalah sebuah bandar dengan kos sara hidup termahal di dunia. Namun, pada tahun ini Tokyo jatuh ke tangga 11.